Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 219/19 (Lelaki & Wanita) Kemasukan 2019

Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 219/19 kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas & tidak melebihi 25 tahun yang berkelayakan dan Berminat, Anda diperlawa untuk segera membuat permohonan menjalani temuduga Latihan yang ditawarkan di Tentera Laut Diraja Malaysia seperti berikut :-

MAKLUMAT JAWATAN:

Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 219/19 ( Lelaki & Wanita )

Lain-lain jawatan kosong kerajaan terkini ( mohon sini )

SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN:

(1) Warganegara Malaysia
(2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun
(3) Taraf Perkahwinan : Bujang
(4) Tahap Kesihatan yang disyaratkan
(5) Tahap Penglihatan yang disyaratkan
(6) Tahap Pendegaran Yang disyaratkan
(7) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu. Keutamaan diberikan kepada
pemohon yang memiliki kepujian:
(a) Bahasa Inggeris
(b) Matematik
(c) Sains
(8) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
(9) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang berkenaan – Kepujian dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu (SPM/SVM).

Syarat minimum ukuran fizikal:

Lelaki : Tinggi 1.62m , Berat 47.5 Kg , BMI 18-25, ukuran dada 5 sm
Wanita : Tinggi 1.60m , Berat 46.5 Kg , BMI 18-23, ukuran dada 4 sm

(10) Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum PKBM, Sijil PLKN, kecermelangan dalam bidang sukan dan berkebolehan berenang akan diberi keutamaan.
Pemohon yang mempunyai rekod jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah tidak akan
dipertimbangkan.

SIJIL AKADEMIK & DOKUMEN

a. Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL seperti berikut:
(1) Kad Pengenalan (MY KAD) beserta 1 salinan.
(2) Sijil kelahiran pemohon.
(3) Salinan Kad Pengenalan (MY KAD) ibu dan bapa beserta 1 salinan.
(4) Penyata Sijil SPM/SVM/SKM beserta 1 salinan.
(5) Sijil berhenti sekolah.
b. Pemohon diwajibkan membawa sampul Pos Ekspress.
c. Pemohon wajib mempunyai alamat email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

PUSAT-PUSAT PEMILIHAN TLDM Tahun 2019
a. Waktu Pendaftaran: 8.00 – 9.00 pagi.
b. Pakaian semasa temuduga: Pakaian sukan dan berkasut.

TARIKH PUSAT PEMILIHAN : 16 Oktober 2018 – 15 January 2019  

1) ZON PANTAI TIMUR

16 Oktober 2018 (Selasa)
Lokasi : Kuantan
Pusat Pemilihan : SMK Panglima Perang,
Kuantan

18 Oktober 2018 (Khamis)
Lokasi : Kuala Terengganu
Pusat Pemilihan : SK Sultan Sulaiman 1,
Kuala Terengganu

20 Oktober 2018 (Sabtu)
Lokasi : Kota Bharu
Pusat Pemilihan : MSS Desa Pahlawan Kota
Bharu

6 Januari 2019
Lokasi : Pahang
Pusat Pemilihan : SMK Jengka Pusat 2,
Bandar Jengka, Pahang

2) ZON UTARA

23 Oktober 2018 (Selasa)
Lokasi : Perlis
Pusat Pemilihan : SMK Syed Ahmad Arau
Perlis

25 Oktober 2018 Khamis
Lokasi : Alor Setar
Pusat Pemilihan : Rej 513 Askar Wataniah
Kepala Batas, Kedah

27 Oktober 2018 (Sabtu)
Lokasi : Pulau Pinang
Pusat Pemilihan : KD SRI PINANG, Pulau
Pinang

29 Okt 18 (Isnin)
Lokasi : Ipoh
Pusat Pemilihan : Rej 503 Askar Wataniah
Ipoh

3) ZON SELATAN

8 Januari 2018 (Selasa)
Lokasi : Kluang
Pusat Pemilihan : MSS Kem Mahkota Kluang, Johor

10 Januari 2019 (Khamis)
Lokasi : Muar
Pusat Pemilihan : SMK Tengku Mahkota
Muar, Johor

12 Januari 2019 (Sabtu)
Lokasi : Seremban
Pusat Pemilihan : MSS Kem Rasah
Seremban

CARA PERMOHONAN

Permohonan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan maklumat lengkap serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti sijil akademik dan lain-lain berkaitan.

Calon yang berminat Hendaklah pergi ke pusat pemilihan yang berdekatan dengan anda seperti di Jadual

Pemohonan dan Syarat-syarat boleh dilihat di :-

Pendaftaran Perajurit Muda TLDM Siri 219/19

Syarat Kelayakan

Tangga Gaji & Elaun

Jangan Lupa LIKE,FOLLOW & SHARE kepada Rakan-rakan yang Memerlukannya.
Join kami di Telegram Jawatan Kosong untuk dapatkan iklan terkini klik https://t.me/listjobmalaysia

Kongsikan iklan jawatan ini pada rakan-rakan, Sanak saudara anda dan kita doakan siapa yang share post akan dipermudahkan mendapatkan kerja.

Please follow and like us: