Jawatan Kosong di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) 2018

JAWATAN KOSONG : EKSEKUTIF SALURAN PEMBAYARAN

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) menawarkan peluang kerjaya Amil Zakat kepada anak kelahiran Negeri Selangor atau yang telah bermastautin di Negeri Selangor sehingga kini sekurang-kurangnya 5 tahun dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan Sebagai Eksekutif Saluran Pembayaran.

TANGGUNGJAWAB:

Menguruskan dan memantau kutipan zakat melalui ejen bank, pos dan ejen yang dilantik untuk mengutip zakat bagi pihak LZS serta memastikan pengurusan pembayaran zakat melalui ejen ini dilaksana secara efektif dan efisien di dalam meningkatkan kutipan dan bilangan pembayar zakat sentiasa meningkat seiring dengan objektif, misi dan visi LZS

KELAYAKAN:

-Mempunyai Diploma / Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran/ Pengurusan/ Pengurusan Perniagaan/ Pengurusan Pemasaran atau setaraf dengannya
-Mempunyai pengalaman minimum 2 tahun dalam bidang Pengurusan Perniagaan/ Pemasaran di dalam persekitaran tugas yang serupa.
-Memiliki Ilmu Fiqh Zakat dan Pemasaran adalah suatu kelebihan
-Berkemahiran dalam komunikasi, perhubungan pelanggan. pengucapan awam, interpersonal yang baik dan berketerampilan menarik
-Komited, Positif, Proaktif, Kreatif dan Inovatif

Benefits
Medical,Education support,Loans,Dental,Parking,Subsidy for Hajj & Umrah Reward

Lokasi : Alami Shah Alam Selangor
Tarikh Tutup :14-July-2018

LATAR BELAKANG
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) merupakan sebuah organisasi Islam yang memartabatkan syiar Zakat di Negeri Selangor, Malaysia.
Bercita-cita untuk menjadi sebuah Organisasi Islam bertaraf dunia iaitu organisasi yang berasaskan prestasi, mengamalkan piawaian standard tadbir urus yang tinggi dan pengurusan zakat yang berkesan.
Visi LZS (MAIS)
“Menjadi peneraju institusi zakat yang mengamalkan piawaian pengurusan setanding dengan peringkat global.”

Misi LZS (MAIS)
“Memberi perkhidmatan kepada umat Islam dengan penuh integriti dan profesionalisme dalam urusan kutipan dan agihan zakat.”

PERMOHONAN

Permohonan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan maklumat lengkap serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti sijil akademik dan lain-lain berkaitan.

Calon yang berminat, Boleh pemohonan di laman yang terdapat di bawah dan hantar permohonan terperinci dengan sijil- sijil anda dan resume kerja menggunakan link di bawah.

Borang Pemohonan dan Syarat-syarat boleh dilihat secara online

Lembaga Zakat Selangor

Jangan Lupa LIKE,FOLLOW & SHARE kepada Rakan-rakan yang Memerlukannya.

Please follow and like us: